Sudah lama tidak keladang ... teringat pantun itu. begitu lah apa terjadi pada aku yg dah lama tak memblogkan blog aku ini, dari sebelum Piliharaya Umum hingga hendak ke PIlihanraya lagi sekali ini. Bukan kerana apa cuma bahan2 sudah ada cuma masa saja nak melengkapkan dalam blog ini yg tidak dapat dengan kata2 yg mudah sibuk la kerana kerja. Cuti banyak lagi tahun 2006 ada 20 hari 2007 ada 24 hari jgn kata 2008 punya tapi apa nak buat dah tugas kena la menunaikan tanggungjawap dulu .
Ini pun curi2 masa nak intai2 blog ini, sampai ada yg berkata blog aku dah bersarang dengan spider web dan ada yg berkata suruh bangun la dr tido. hehheheheh sabar aje laa. Sejak aku berenti ni mcm2 la cerita tentang blog ada, ada rancangan Blog dalam RTM TV1 , menemuramah blogger2 yg famous. Ada pulak mantan PM punya blog Chedet yg tersohor tu. ada juga blogger yg kena tahan ISA dan kena remand ish ish ish...blog punya pasal. tentu nye Blog ini lebih hebat dari senjata yg digunakan olih penganas2 komunis dahulu dan sepatut nye di tahan kepada blogger yg sengaja mendatangkan mudarat dan kegelisahan.
Kira2 era blog ini dah menjadi satu kemestian dan trendy sekarang ini tapi tak ramai MP2 yg ada blog yg membolihkan mereka menJUALkan diri mereka kepada pembaca dan mungkin kepada pengundi2 di kawasan mereka . Kenapa tak guna kan blog sebagai media mendekatkan diri pada masyarakat kerana dari situ blogger akan mendapat speedy feedback dari pembaca pembaca dan kalau dah famous tentu saja mempunyai pengikut pengikut yg setia. Tak kisah la samaada apa yg duk citer dlam blog itu, cerita benar kah?, cerita hikayat kah? cerita merapu la? cerita sedih , gembira, takut dan bermacam2 sentiment bolih di paparkan dalam blog. Kenapa ada satu blog yg famous itu terdapat terlalu ramai pengikut kerana purata dalam 10 cerita yg di blogkan cuma 1 saja yg bolih dipakai, tetapi 9 lagi cerita yg direka2 membuat pengikut2 setia nye terlalu percaya apa yg dia blog kan.
Ok la buat kali ini,sebagai permulaan 2nd round ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
org org mcm kita lah harus jadi mp kerana ada blog ,tak mcm mereka tuh yang go-blog.ckp berapi2 pasal internet tapi nama "tetikus" pun tak kenal..btw keep on blogging abg best...i like
ermm Tima ceh.....baby klu jd YB susah la cikit mana nk layan blog mana nak layan isteri2 mana nak layan pengundi2 mana nak layan mistress2 mana nak layan macai2 mana nak layan peminat setia...ish ish ish.. Baik jadi org biasa aje baby bolih layan semua nye tanpa ragu2.... hehheheh
Kenapa tak guna kan blog sebagai media mendekatkan diri pada masyarakat ?
jawapannya..
a. sebok ngan kerja cam abgbest.
b. tak sempat intai blog cam abgbest gak.
c. belum bangun tido.
d. sawang kat blog lum sapu..
hehehehehehehe.. ampunnnn..
Post a Comment