9/5/69 Jumaat :
Lewat pagi itu bersiap2 pergi sekolah menaiki bas Leng Seng dari rumah sampai di Jalan Tuanku Abdul Rahman TAR ( Chow Kit ) bas terhenti olih kerana jalan tertutup olih perarakan mayat pemuda cina yg mati di tembak mati satelah mencabar pihak keselamatan di Kepong sebelum itu. Untuk melihat pemandangan yg lebih jelas saya naik di Jembatan di Jln TAR itu , lori yg membawa mayat di ikuti olih waris2 si mati tidak lah kelihatan tetapi lori2 yg membawa senjata2 tajam bolih kelihatan dari atas itu...juga lori2 yg membawa poster2 provokasi dan aksi2 provokasi yg banyak dan ramai kelihatan.Saya meneruskan perjalanan ke sekolah dgn menaiki bas ke Melaka Street ( Tapak Bank Bumiputera skrg ini dulu2 nya perhentian Bas di tengah2 kota KL bas2 dari Gombak , Ampang, Ulu Yam, juga dari Pantai Timur ) dan terus ke Ampang.. petang itu balik kerumah dengan keadaan lenggang di sekitar KL.
10/11 May 1969: Pilihanraya
12 May 1969 : Perarakan demi perarakan provokasi di diadakan.
13/5/1969:
Walaupun berita2 keadaan yg tegang di dengari pada hari itu ..Saya ke sekolah juga pada hari itu di Sekolah aktiviti2 saperti biasa saja walaupun ramai pelajar2 lain tidak hadir . Petang itu masa balik sekolah saya menaiki bas sri jaya ke Melaka Street ( tujuan utama nak naik bas ke Chow kit dan ambil bas ke Gombak tetapi tiada bas tersebut ). Dalam bas Sri Jaya ke Melaka Street itu tidak lah ramai , dalam perjalanan di Kampong Baru ,Jalan Hale ( Skrg Jln Raja Abdullah ) di ujung pasir lokasi nya di belakang Bank Pembangunan sekarang ini saya saksi kan pergaduhan berparang2 antara lelaki cina dan Melayu , melihat kejadian itu pemandu bas itu terus memecut meninggalkan kawasan itu ke Jln Campbell ( Jln Dang Wangi) ke Jln Ampang AIA saya turun di Melaka Street .
Suasana di Melaka Street kelam kabut juga olih kerana tiada bas yg meneruskan perjalanan nya , bermacam2 cerita dan berita yg di dengar dari penumpang2 yg terkandas dan ada juga bas2 yg meneruskan perjalanan dgn tergesa2.
Ada sebuah bas Leng Seng yg nak balik ke depot nya ke Setapak saya rasa membawa pekerja2 nya balik. mereka2 yg naik bas itu saya saksikan membawa bermacam2 jenis alat yg bolih di buat senjata dlm perjalanan pulang ke Depot Setapak.. parang , pisau, cangkul dll ada masih ingat saya pekerja Sikh bas Leng Seng itu bawa gergaji....
Lepas satu2 bas yg membawa2 pekerja2 n penumpang2 yg nk ikut yg lalui destinasi mereka. Tinggal lah dlm 7 atau 8 pelajar2 sekolah termasuk saya yg terkandas lagi saya agak ada 3 atau 4 bangsa Melayu selain nya Cina.
Malam itu ada dua org lelaki Cina datang bertanya2 kami yg terkandas itu kami mahu mana , olih kerana tiada lagi perkhidmatan bas waktu itu kedua2 lelaki Cina itu mempelawa kami ke rumah/kedai nya di seberang jalan itu ia itu sebuah kedai yg perniagaan nya membuat dan mengukir batu Nesan umat Islam kedai nya betul2 bersebelahan restoran Bilal Jalan Ampang.
Salah seorg dari lelaki itu bertanya jika ada number telefon rumah masing2 dan cuba menalipon tetapi tidak berhasil olih kerana waktu itu telah di istihar kan dharurat dan perintah berkurung , kami telah di beri makan malam olih keluarga itu dan pada yg Melayu , kami di goreng kan ikan berasingan, Malam itu kami di beri tempat tidur di tingkat atas kedai itu dan di nasihatkan tidak mendekati tingkap dan melihat2 di luar di takuti di salah faham olih pihak berkuasa.
Sungguh mulia dan baik hati keluarga Cina itu kerana melindungi kami di beri makan dan tempat tidur.
14/5/1969
Pagi itu kami diberi sarapan dan dihantar olih kedua2 Cina itu ke Perhentian Bas Melaka Street kot2 ada kenderaan yg bolih menghantar kami pulang ke rumah masing2.
Hingga ke petang kami menunggu tapi hampa .tetapi datang lah seorg uncle bertanya2 di mana rumah kami sementara itu dia telah menjemput kami ke rumah nya di sebuah penthouse di atas bangunan Ong Yoke Lin di seberang jalan bangunan Chartered Bank lama, kami di beri perlindungan olih uncle itu pada malam itu.
15/5/1969
Pagi itu lepas sarapan kami turun dari penthouse nya dan di serahkan kepada polis yg menunggu di bawah bangunan itu , bolih jadi uncle itu telah menghubungi polis sebelum ini berkenaan kami, satelah itu kami telah mengikut haluan masing2 dan saya bersama 2 orang lagi menaiki land rover polis ke Gombak.
Dalam perjalanan ke Gombak di sepanjang jalan saya dapat menyaksikan kesan2 bangunan terbakar di Jln Raja Muda berhampiran Mesjid Pakistan , kenderaan2 yg terbakar akibat kejadian 13 May itu, sampai di rumah saya di kerumuni olih keluarga bertanya bermacam2 soalan tentang kehilangan saya selama 2 hari itu, Arwah Ayah saya pada masa itu telah kembali ke rumah Datuk Harun di Kg Baru apa bila mengetahui saya tidak balik meminta tolong mereka2 di sana mencari saya. (Arwah Ayah saya adalah wakil calon kepada YB Ahmad Razali pada masa pilihanraya dan Skuter Lambretta nya terbakar semasa kejadian 13May
1969 itu ).
Beberapa hari salepas kejadian 13 May itu saya turut menyaksikan pengkebumian jenazah 10 orang syuhadah di semadikan di dalam satu liang lahat di tanah perkuburan Taman ibu kota Gombak yg tidak berapa jauh dari rumah saya.Jenazah2 itu di kebumikan dan berlumuran darah lagi , Pusara syuhadah2 itu masih ada lagi di sana.
Suasana di kawasan Taman perumahan tempat saya itu tidak lah begitu stabil sangat dgn kabar2 angin yg kuat bertiup mengatakan serangan2 akan berlaku terutama dari puak2 cina di Kilang Lee Rubber bersebelahan taman itu, arwah ayah saya telah menampal extra lock di rumah dan mengajar kakak2 dan abang saya menggunakan senapang patah jika ada sebarang kemungkinan.
Keadaan tegang itu berlarutan ada kawan2 yg datang sekolah dgn membawa senjata utk mempertahankan diri jika keadaan memaksa.
Pada saya kejadian2 buruk dlm sejarah M'sia itu tidak akan terjadi jika tiada anasir2 kuasa2 luar ( Parti Komunis ) yg memainkan peranan nya mempengaruhi org2 tempatan yg berkepentingan untuk merampas kuasa dan memerintah Malaysia , jika di lihat dari kesungguhan 2 keluarga Cina yg melindungi saya dan yg lain2 ia nya adalah dari golongan2 yg tertentu yg tidak mahukan keamanan , jika tidak abis di gulaikan saya 🤣😂
Ok perkara2 dan kejadian2 di atas yg dapat saya ingat, harap dapat tuan mengolah dan mengedit cerita2 itu menjadikan sesuatu yg bolih beri penerangan pada generasi2 sekarang ini...
Saya tak pasti jika tuan ada membaca buku "Mei 13 sa-belum dan sa-lepas" olih Tunku Abdul Rahman di terbitkan olih Utusan Melayu on Sep 1969, tulisan2 Tunku masa itu masih fresh dari kejadian2 yg benar2 berlaku dgn gambar2 kejadian yg pasti nya amat kontrovasi dan tidak disukai olih Kerajaan PH dan pengikut2 nya sekarang ini Pakatan Hyndra.
No comments:
Post a Comment