Possession of a deadly weapon, memang hukuman keras.
Bukan sekadar ekor ikan pari. Tapi sengat pari juga yang dah di weaponised. Yang disenjatakan.
Ekor pari atau sengat pari ini termasuk dalam ketagori senjata sulit dalam khazanah Senjata Warisan Melayu/Nusantara.
Benda yang sama yang telah membunuh Steve Erwin, The Crocodile Hunter. Dia telah berenang bersama ikan² pari besar. Bodohnya dia, dia telah berenang ke atas ikan itu dan cuba memeluk ikan pari dari atas. Ikan pari besar tu relah melibas dan ekornya menikam dia di bahagian dada. Bodoh, sebab jerung pun tak berani buat camtu ngan ikan pari.
Sengat pari ni diambil dan di bersihkan. Lalu dijemur bawah mentari sampai kering. Dilumurkan minyak, dijemur lagi berkali² sampai berubah teksturnya. Lalu divarnish dan di pasangkan pada hulu dan disarungkan. Ini ialah untuk yang digunakan sebagai senjata tikaman. Pada yang bagai cemeti dilenturkan sedikit agar boleh disebat.
Digunakan sebagai senjata sulit dalam serangan hendap. Stealth weapon in assassination.
4 cara.
1. tikam dan dipatahkan hulunya. Sengat pari dibiarkan di dalam perut atau bahagian lain mangsa. Ianya tak boleh ditarik keluar dan akan mangkin termasuk ke dalam. Kalau zaman silam, ia akan mengakibatkan kematian yang lama dan penuh sengsara.
2. Tikam dan di cabut keluar, akan mengakibatkan luka parah yang boleh memburaikan perut atau mengakibat luka dalaman yang buruk.
3. Tikam dan biarkan tercacak bersama dengan hulunya. Ini sebagai umpan untuk mangsa cuba menarik keluar sendiri.
4. Yang lebih panjang digunakan sebagai cemeti dalam serangan sebatan di muka atau leher dan ceruk lengan serta kaki.
1, 2 & 3, Bila ditarik keluar oleh mangsa akan mengakibatkan luka parah. Inilah yang dilakukan oleh Erwin. Sengat pari di dadanya ditarik keluar oleh dia. Lalu dia terus rebah dan mati serta merta.
Memang senjata bahaya yang dqlam Budaya Persenjataan Melayu, digunakqn oleh paid assassins, pembunuh upahan.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa ia adalah jenis senjata yang digeruni oleh orang kebal pun. Kerana dapat mengalahkan kekebalan mereka.
No comments:
Post a Comment