Monday, December 24, 2007

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

Rabu 19hb December 2007 jam pukul 10.00mlm (malam hari raya aidil adha ) selepas balik dari pejabat keluarga aku sudah pun berkemas hendak memulakan perjalanan ke Pulau Pinang untuk berhari Raya bersama adik aku yg mendapatkan rawatan di Lam Wah Ee Hosp. Tapi satelah mendengar lapuran dari radio yg memberitahu bahawa jalan2 ke utara sesak dengan kenderaan bercuti dan balik kampung berhari raya dan juga sms dari TUN mengatakan exit sg buluh sesak maka aku pun menangguhkan perjalanan aku selepas tengah malam . Jam 1.00pagi baru aku mulakan perjalanan aku bersama akak dan anak sulong aku yg dua lagi sudah ada lebih 3 minggu di pulau pinang.





Sungguh syahdu perjalanan mlm itu dengan suasana yg tenang dan sejuk aku memandu dengan di iringi sekali sekala Takbir Hari Raya memuji ilahi berkumandang di radio kereta aku , bila terdengar takbir mula la fikiran aku melayang mengingati bagaimana meriah nya semasa kami adik beradik berhari raya bersama ibu bapa ku semasa ibu bapa aku masih ada lagi ermm itu hanya tinggal nostalgia sahaja tanpa ku sangka berlinang airmata ku semasa itu ( sentimentel jugak aku psl ini ).





Semasa hendak sampai ke exit bukit beruntung kenderaan telah mula banyak dah jugak berjalan terhensut2 . Aduhaiii sepanjang jalan dihadapan sinaran lampu brake merah kenderaan kelihatan berkilo2 meter ermmm...bolih jadi ada sesuatu terjadi kot di hujung itu... selepas lebih kurang 1 satu Jam menempuh kesesakan sampai ke exit bukit beruntung sebuah truck besar didapati terkandas menutup satu lorong , ini yg menyebabkan beratur satu jam tadi. Selepas itu perjalanan lancar ke slim river tetapi kenderaan sungguh banyak sekali menuju ke utara. Aku terima lagi SMS dari TUN mengatakan Exit Ipoh sesak Kuar exit simpang pulai , terima kasih TUN pasal updatekan keadaan jalan raya .





Perjalanan diteruskan semasa sampai ke exit simpang pulai memang clear aku pun dok fikir maybe exit Ipoh pun clear juga dan meneruskan perjalanan ke exit ipoh...lebih kurang 2 kilometer dari exit simpang pulai kenderaan telah mula sesak , masyallah dari situ kenderaan bergerak pelahan2 ke exit ipoh siapa sangka ye jam menunjukkan 4.00 pagi tapi jalan sungguh sesak dengan kenderaan2. Sampai ke toll aku mencelah ke smartag booth yg satu aje buka tapi
tidak sesak kalau dibandingkan dengan touch & go atau lorong tunai....(ini la untung nye kalau mengunakan smartag ). Perjalanan diteruskan lagi dan singgah di R&R Sg Perak untuk meredakan tangki aku yg telah penuh hehheheh... azan subuh berkumandang dengan syahdu nye di pagi yg hening itu memanggil kaum muslimim bersolat saperti ayat di akhir azan subuh itu..." bersolat itu banyak kelebihan nya dari tidur".........



Kenderaan sungguh banyak sekali masa itu, dan sepanjang perjalanan itu ramai pemandu berhenti di R&R atau pun hentian sebelah untuk tidur bolih jadi mereka2 ini berhenti untuk berehat dan mengharapkan kenderaan berkurangan pada sebelah awal pagi kot........ agak2 nye kesemua pemandu2 ini mempunyai idea yang sama ia itu perjalanan di awal pagi tidak akan mengalami kesesakan....tapi kalau dah beribu pemandu mempunyai idea yg sama ini la yg jadi nya.....sama2 bersesak2 dijalan raya di pagi Raya.....



Sampai ke Jambatan Pulau Pinang jam menunjukkan pukul 7.45pagi , ingatkan nak cari breakfast di pulau mencari sekeliling tapi takde kedai yg buka, lupa pulak masa tu pagi raya maybe mamak2 tu sibuk nak bersolat sunat aidil adha kot....aku pun meneruskan kan perjalan ke destinasi aku di BP disana sudah pun tersedia juadan pagi raya dengan nasi impit kuah kacang, sup tulang, sambal sotomg , nasi tomato , rendang dll termasuk lemang yg aku beli dari keramat . Sungguh berselera aku makan pagi tu.



Lepas makan aku pegi check in kat Upih Inn di BP dan ZZZzzz sampai tengahhari dan aku gi melawat adik aku di hospital yg mana dia nampak nye telah segar dari pembedahan nye tempuhari dan aku lihat dia sungguh relak dan tabah walau pun dengan penyakit yg dia hadapi itu. Kami 3 keluarga dari KL telah memenuhi bilik ward itu dan berhari raya la kami di hospital . Petang itu kami makan malam di Rahim Nasi Dalcha di queens street penang, tempat yg tidak pernah miss kalau aku ke Pulau Pinang, cuba la try sapa2 yg nak merasa the best Nasi Dalcha in the world kat sini hahhahah...... malam itu aku ke Batu Peringgi ( Peringgi = Portugis kot ) anak2 aku nak soping2 di pasar malam di sana...malam itu agak lewat balik ke Upih Inn sampai disana aku pun ZZZZzzz . Anak2 aku dan sepupu2 nye tidak tidor hingga ke pagi kerana masing2 dengan notebook seorang satu bermain interactive games ( Lain pulak interest budak2 sekarang kalau aku dulu2 berkumpul sesama sepupu2 aku kami akan bermain terup "kandang" hingga ke pagi hahahah ).



Esuk nye aku ke bangun lambat dan terus ambil brunch saja.....petang nye aku ke hospital lagi, dan malam nye kami tak tau mana nak pegi dinner, nak jadikan cerita ini ada sedikit panduan dan pengalaman aku nak kongsi pasal makan malam itu, kami bercadang nak makan ikan bakar di Teluk Tempoyak samapi saja ke restoran yang biasa kami pergi sungguh ramai pelanggan di situ dan tiada tempat duduk jugak ikan pun cuma tingal 3 atau 4 ekor aje, sotong ketam udang dah habis. Kami pun bergegas ketempat retoran melayu yg satu lagi bernama "Chalet Seri Idaman SeaFood Telok Tempoyak", tempat dia sungguh besar pelayan2 dia beruniform saperti lawyer pulak baju putih , blazzer hitam dan seluar hitam, sungguh segak nampak nya, tetapi malang nya layan yg kami dapat di situ sungguh sungguh sungguh mendukacitakan . Manakan tidak dari menyediakan tempat untuk 20 orang pun dengan muka yg masam2 pelayan lelaki itu menarik2 meja dan tidak mengunakan akal dalam menyusun meja. Sementara pelayan perempuan yang mengambil order dengan memberi satu menu kepada 20 pelanggan dan mendesak ???? untuk memesan apa yg kami mahu makan dan minum???.... . Setelah lebih dari 1 jam dan nak dekat 2 jam kami menunggu 10 pingan nasi goreng yg di pesan cuma yg datang 2 pinggan saya, sotong yg di pesan telah habis dimakan kerana nak menunggu pesanan yg lain. Semasa pesanan ikan yg dihantar pelayan telah menjatuhkan kuah ikan itu nasib baik tidak mengenai seluar aku cuma kasut aku saja yg kena.... pelayan itu langsung tidak meminta maaf apa yg terjadi, apa bila mee hailam di hantar aku pun meminta sudu dan garfu yg tidak diberi sama , aku terkejut pelayan itu dengan Kurang Ajar nya meninggikan suara nya "sabar la dulu"....... air minuman tembikai yg di pesan lebih teruk dari minuman sirap kenduri kahwin dengan rasa yg tawar hambar warna merah yg tak merah.. tak tau mana silap nye restoran melayu ini,,pengurusan nye atau lagak pelayan yg memakai suit bak lawyer itu. Kami dah tahan lagi dah lebih dua jam menunggu kami bayar apa yg ada diatas meja dan cari nasi kandar yg cuma 15 minit saja telah habis semua order. Mlm itu aku balik ke Upih Inn pukul 1.30pagi.





Aku balik ke KL pada hari ahad ............................

Friday, December 14, 2007

CHEMOTHERAPY Rawatan atau Pencegahan

Sejak duamenjak ini topik cancer menjadi carian di internet untuk aku, perasaan ingin tau mengenai apa sebab nye cara rawatan nye dan dan juga rawatan2 alternatif , posting kali ini bulat2 aku ceduk dari salah satu artikel yg agak menarik ia itu cara2 ALTERNATIVE dan jugak pencegahan2 untuk penyakit cancer ini. Sama2 lah kita membaca nya dan mungkin dapat kita tahu menafaat cara2 pencengahan penyakit ini semoga kita dan orang2 yang kita kasihi dan juga rakan2 kita dapat menghidari dari mendapat rawatan CHEMOTHERAPY jika sudah terlambat.

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO TRY (TRY THE KEY WORD) AND ELIMINATE CANCER, JOHN HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY .

Cancer Update from John Hopkins

1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells donot show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because theyhave not reachedthe detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10times in a person'slifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumours.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells andalso destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.

CANCER CELLS FEED ON: a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful.

A better natural substitute would be Manukahoney or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's aminosor sea salt.

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soyamilk cancer cells are being starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork ( sudah binatang ini telah diharamkan ). Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C). e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water- best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines becomeputrifiedand leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Florssence,Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAsetc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactiveand positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, unforgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily,and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

(PLEASE FORWARD THIS TO PEOPLE YOU CARE ABOUT) CANCER UPDATE FROM JOHN HOPKINS HOSPITAL, U. S. -

PLEASE READ

1. No plastic containers in micro.
2. No water bottles in freezer.
3. No plastic wrap in microwave.

Johns Hopkins has recently sent this out in its newsletters. This information is being circulated at WalterReedArmyMedicalCenteras well. Dioxin chemicals causescancer, especially breast cancer. Dioxins are highly poisonous to the cells of our bodies. Don't freeze your plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic. Recently, Dr. Edward Fujimoto, Wellness Program Manager at CastleHospitalwas on a TV program to explain this health hazard. He talked about dioxins and how bad they are for us. He said that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers. This especially applies to foods that contain fat. He said that the combination of fat, high heat, and plastics releases dioxin into the food and ultimately into the cells of the body. Instead, he recommends using glass, such as CorningWare, Pyrex or ceramic containers for heating food. You get the same results, only without the dioxin. So such things as TV dinners, instant ramen and soups, etc., should be removed from the container and heated in something else. Paper isn't bad but you don't know what is in the paper. It's just safer to use tempered glass, Corning Ware, etc. He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons. Also, he pointed out that plastic wrap, such as Saran, is just as dangerous when placed over foods to be cooked in the microwave. As the food is nuked, the high heat causes poisonous toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food. Cover food with a paper towel instead.


This is an article that should be sent to anyoneimportant in your life

Wednesday, December 12, 2007

Mistaken Identity


Kadang2 kes tersilap sangka orang ini pun tak kira terjadi pada anak2 kecil atau orang dewasa , dalam banyak2 kes tersilap sangka yg pernah terjadi pada aku ini ada 3 peristiwa yg mungkin menarik jugak . Satu hari aku kat Ampang Park datang la seorang perempuan ( lawa ooo ) bertanya aku samaada aku ni dari IPTA so and so , aku pun jawap la yg aku bukan dari IPTA yg dia sebutkan nye tapi dia sungguh2 kata aku dari sana dan tak kenal dia lagi waduhh aku pun dok slow talk sama dia pas tu lama2 dia pun faham dah mintak maaf dan beredar. Agak2 nye pakwe lama dia tu ada mirip2 mcm aku kot hehheheh. Juga baru2 ini semasa aku tengah makan di sebuah restoran di kajang ada satu group of famili tengah menjamu selera dan semasa aku tengah memileh makanan ( buffet style ) datang la seorang dari famili tadi yg aku agak yg tua ( aku call pak cik laa ) dlm famili tu memberi salam pada aku dan bertanya pada aku adakah aku ni "Nor Nekman Dadameah" seorang DJ terkenal di RTM , aku pun ckp pada pakcik tu aku bukan nye DJ tu dan aku setahu aku yg DJ tu dah tak de lagi pakcik tu pun mcm terperanjat dan beritahu aku yg dia pun dari RTM dan dah lama tak jumpa DJ itu Pak Cik ni dah lama pencen kesian aku pada pakcik ni dengan sweater yg tebal n cermin mata yg besar dia pun sambung makan dengan famili nnya balik padan la semasa dari mula aku masuk restoran tu pak cik asik aje memandang kepada aku. TETAPI yg ini kes silap orang yg teruk adn tak bolih aku lupakan, semasa aku tengah menjamu selera dengan isteri aku di sebuah restoran , sambil menjamu selera tu tiba2 datang la seorang anak kecil dalam usia dua atau tiga tahun berjalan mendapat kan aku dan memanggil aku PAPA PAPA laaa terkejut aku dan isteri aku pun terkejut besar jugak dan bertanya pada aku anak siapa ni??.. korang nak tau...budak itu sebenar nya ibu dia ada disebelah meja aku makan itu dan dia cepat2 mengambil anak dia dan mintak maaf kepada aku dan isteri aku dan berkata bahawa anak kecil maybe rindu kat papa original dia yg mirip wajah nye ngan aku dan tubuh badan macam aku yg berada lama di overseas, Nasib baik mak kanak2 ini ada kalau tidak jenuh aku nak bersoal jawap pulak ngan isteri aku yg budak itu bukan anak aku ......heheheheh. Aku kesian kat anak kecil tu dah lama papa dia keluar negeri mungkin rindu kat papa dia ..... (erm ermm kat emak anak kecil tu tak tau laaa )

Saturday, December 8, 2007

Take Pride In Your Life

Aku hari ini terkejut dan tersangat sedih dengan laporan doktor yg diberitahu olih keluarga ku bahawa insan terdekat didapati positive menghidap penyakit barah payu dara dan aku perlu mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai penyakit ini , aku perlu membuat persediaan mental sepenuhnya untuk membantu nya.
TATKALA keluarga terdekat aku berdepan saat sukar disahkan menghidap satu penyakit kritikal barah payu dara, sememangnya ia memerlukan ketabahan yang tinggi dan pastinya ketika ini amat mengharapkan sokongan moral serta emosi keluarga terdekat.Sokongan moral daripada keluarga serta rakan terdekat amat penting dan semua itu amat diperlukan oleh penghidap penyakit kritikal ketika menjalani kehidupan seharian. Biarpun diuji sedemikian rupa, ketabahan dan keberanian pesakit dalam menghadapi segala dugaan wajar di beri sokongan moral.Biarpun sukar untuk dimengertikan, sokongan moral berterusan adalah elemen paling penting yang diperlukan pesakit bagi meneruskan sisa kehidupan.
Apa yang jelas ia bukanlah bererti seseorang itu menghadapi hukuman maut. Masih ada harapan dan rawatan untuk pulih, apalagi andai pesakit berfikiran positif dan mendapat sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan.
Apa jua pun kami adik beradik akan terus memberi sokongan moral walaupun kami anak yatim piatu yg mana tiada lagi ibu bapa hendak kami mengadu ( al'fatihah untuk kedua ibu bapa ku - sayangi la kedua ibu bapa mu jika masih ada lagi ) kami harus bersatu membantu semampu yg bolih.

Tuesday, December 4, 2007

Pix untuk keselesaan minda - A man with a BIG COCK


Apa yg korang fikirkan..............

Kemandulan Bahasa

Isu kemandulan bahasa Melayu dibangkitkan dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini. Polimiknya menjalar ke media dan kepentingan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu kian dirasakan penting.

Mandul bermakna benih yang tidak subur atau benih tidak menjadi. Jika bahasa Melayu dianggap sebagai benih yang baik, maka benih itu perlu disuburkan aplikasinya dalam matematik, sains dan teknologi.

Bercerita tentang bahasa baru2 ini telah timbul dalam parlimen isu DBP kemandulan bahasa , ermm ada yg melenting dan ada yg bersetuju dengan ayat "kemandulan" bahasa itu. Pada masa dahulu cendiakawan2 bahasa bertungkus lumus merantau segala ceruk nusantara untuk mencari bahasa2 yg sesuai dalam pertuturan dan istilah2 Bahasa Melayu ( Bahasa Malaysia ) dan digunapakai didalam pertuturan bahasa. Tetapi mungkin pada masa ini "cendiakawan2" bahasa sibuk melayari internet dalam mencari bahasa2 yg sesuai untuk pertuturan dan digunapakai dan jugak telah terus terang "memelayukan" bahasa inggeris umpama nye "mengredkan" "focus" "aplikasi" "majoriti" dll.

Tetapi didalam bahasa indonesia ada ayat2 yg agak jangkal di gunakan di balam bahasa melayu tapi luas di gunakan di indonesia saperti " pokok nya " " membutuhkan " agaknya bolih kah? istilah2 ini di gunakan di dalam bahasa melayu kerana istilah2 ini adalah istilah rumpun melayu.

DBP perlu berjiwa besar melakukan kerja penterjemahan, mempercepatkan proses penilaian buku berkualiti untuk diterbitkan, mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang menghasilkan kajian, merancang dan melaksanakan program penyelidikannya sendiri.

Apa2 pun untuk keselesaan minda kita kali ini mari lah kita baca artikel ini berkenaan seragamkan bahasa eropah ia itu mem"EU"kan bahasa english satelah masyarakat EU seragamkan matawang mereka kepada euro dan cuba anda faham apa yg hendak cuna dikatakan pada akhir artikel ini.........

ENGLISH OF TOMORROW EU ANNOUNCEMENT

The European Commission has just announced an agreement whereby English will be the official language of the European Union rather than German, which was the other possibility.

As part of the negotiations, the British Government conceded that English spelling had some room for improvement and has accepted a 5- year phase-in plan that would become known as "Euro-English".

In the first year, "s" will replace the soft "c". Sertainly, this will make the sivil servants jump with joy.

The hard "c" will be dropped in favour of "k". This should klear up konfusion, and keyboards kan have one less letter.

There will be growing publik enthusiasm in the sekond year when the troublesome "ph" will be replaced with "f". This will make words like fotograf 20% shorter.


In the 3rd year, publik akseptanse of the new spelling kan be expekted to reach the stage where more komplikated changes are possible.

Governments will enkourage the removal of double letters which have always ben a deterent to akurate speling.


Also, al wil agre that the horibl mes of the silent "e" in the languag is disgrasful and it should go away.


By the 4th yer people wil be reseptiv to steps such as replasing "th" with "z" and "w" with "v".


During ze fifz yer, ze unesesary "o" kan be dropd from vords kontaining "ou" and after ziz fifz yer, ve vil hav a reil sensi bl riten styl.


Zer vil be no mor trubl or difikultis and evrivun vil find it ezi tu understand ech oza. Ze drem of a united urop vil finali kum tru.


Und efter ze fifz yer, ve vil al be speking German like zey vunted in ze forst plas.

If zis mad you smil, pleas pas on ....

Saturday, December 1, 2007

Keselesaan menjadikan manusia leka, Kesusahan menjadikan manusia peka.

Zon keselesaan ialah segala bentuk kesenangan atau kemudahan sama ada dari aspek fizikal, mental ataupun spiritual.

Fizikal: Menggunakan tenaga yang ada pada keseluruhan anggota serta deria yang merupakan sumber potensi atau satu fitrah dari Allah.

Mental: Menggunakan pemikiran secara kritis, kreatif dan inovatif ke arah mencetus sesuatu idea yang bernas serta mampu membuat keputusan serta menyelesaikan sesuatu masalah secara adil dan bijak

Spiritual: Berusaha untuk menganalisis, menghayati serta membuat refleksi terhadap sesuatu tugas yang diberikan secara lebih berdedikasi dan komited.

Setiap individu inginkan sesuatu yang mudah dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya manusia ingin mengelakkan daripada memikirkan sesuatu yang kompleks, membuat kerja yang memerlukan tenaga yang banyak atau memberi tumpuan dengan sepenuh jiwa.

Dalam hal ini kesannya amatlah buruk. Melayani segala keselesaan yang ada pada kita akan menjadikan seseorang itu malas untuk berfikir, malas untuk bekerja malah malas juga untuk berbakti dan bertakwa kepada Allah. Kehidupan mereka tidak berkualiti serta segala hasilan tugasan mereka tidak produktif.

Oleh itu para cendekiawan bersetuju dan mencadangkan bahawa kita pada satu-satu ketika perlu “lari daripada zon keselesaan” demi untuk mewujudkan kesejahteraan diri.
Ini bermaksud untuk lari daripada zon keselesaan seseorang individu harus mengorbankan sedikit kemudahan dan keselesaan yang ada pada dirinya dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada individu yang lain serta sebagai satu ibadah ke arah penyuburan dan penyerahan diri kepada Allah.

Dalam menempuhi tahun baru ini sedikit pengorbanan terhadap keselesaan dan kenikmatan yang ada pada kita bolehlah merupai menambah masa penumpuan kerja, berfikir dengan lebih serius ke arah memantapkan lagi bidang tugas yang diberikan, serta bekerja dengan lebih tekun serta beriltizam serta menambahkan lagi ketakwaan diri kepada Allah.

Semoga sedikit pengorbanan terhadap keselesaan yang ada pada diri kita dapat menambahkan lagi kenikmatan dan keharmonian kehidupan sesama insan dan ganjaran yang mencurah-curah akan diberikan oleh Allah. Insya-Allah.

Ayah dan Ibu

Buat ayah dan ibu ku...al'fatihah ke atas roh keduadua ayah dan ibu ku.... aku sayang kedua ayah dan ibuku....

Ayah dan ibu Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah Mesti dihormati
Ayah dan ibu Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup Selamat