Wednesday, December 12, 2007

Mistaken Identity


Kadang2 kes tersilap sangka orang ini pun tak kira terjadi pada anak2 kecil atau orang dewasa , dalam banyak2 kes tersilap sangka yg pernah terjadi pada aku ini ada 3 peristiwa yg mungkin menarik jugak . Satu hari aku kat Ampang Park datang la seorang perempuan ( lawa ooo ) bertanya aku samaada aku ni dari IPTA so and so , aku pun jawap la yg aku bukan dari IPTA yg dia sebutkan nye tapi dia sungguh2 kata aku dari sana dan tak kenal dia lagi waduhh aku pun dok slow talk sama dia pas tu lama2 dia pun faham dah mintak maaf dan beredar. Agak2 nye pakwe lama dia tu ada mirip2 mcm aku kot hehheheh. Juga baru2 ini semasa aku tengah makan di sebuah restoran di kajang ada satu group of famili tengah menjamu selera dan semasa aku tengah memileh makanan ( buffet style ) datang la seorang dari famili tadi yg aku agak yg tua ( aku call pak cik laa ) dlm famili tu memberi salam pada aku dan bertanya pada aku adakah aku ni "Nor Nekman Dadameah" seorang DJ terkenal di RTM , aku pun ckp pada pakcik tu aku bukan nye DJ tu dan aku setahu aku yg DJ tu dah tak de lagi pakcik tu pun mcm terperanjat dan beritahu aku yg dia pun dari RTM dan dah lama tak jumpa DJ itu Pak Cik ni dah lama pencen kesian aku pada pakcik ni dengan sweater yg tebal n cermin mata yg besar dia pun sambung makan dengan famili nnya balik padan la semasa dari mula aku masuk restoran tu pak cik asik aje memandang kepada aku. TETAPI yg ini kes silap orang yg teruk adn tak bolih aku lupakan, semasa aku tengah menjamu selera dengan isteri aku di sebuah restoran , sambil menjamu selera tu tiba2 datang la seorang anak kecil dalam usia dua atau tiga tahun berjalan mendapat kan aku dan memanggil aku PAPA PAPA laaa terkejut aku dan isteri aku pun terkejut besar jugak dan bertanya pada aku anak siapa ni??.. korang nak tau...budak itu sebenar nya ibu dia ada disebelah meja aku makan itu dan dia cepat2 mengambil anak dia dan mintak maaf kepada aku dan isteri aku dan berkata bahawa anak kecil maybe rindu kat papa original dia yg mirip wajah nye ngan aku dan tubuh badan macam aku yg berada lama di overseas, Nasib baik mak kanak2 ini ada kalau tidak jenuh aku nak bersoal jawap pulak ngan isteri aku yg budak itu bukan anak aku ......heheheheh. Aku kesian kat anak kecil tu dah lama papa dia keluar negeri mungkin rindu kat papa dia ..... (erm ermm kat emak anak kecil tu tak tau laaa )

2 comments:

~ GAB ~ said...

Nice story Abang Best. Any experience people came up to you telling you were Brad Pitt or something? wekekekeke But better off not someone came up to you mistaken over Dato' Azalina Said...


I am sorry man. I have too much time in hand now. My staff are doing all the work for me.

arZOoo said...

erkkkk....papa!papa! ramai nye ngaku abgbest ayah dia, ermmmmmm...musykil nih..keekkekek