Friday, November 21, 2008

Cuti sekolah ... Musim Bersunat .........

Gerun tengok pisau tok mudin




'SAYA lihat seorang budak yang tidak mahu masuk jawi lari lintang pukang keliling kampung sampai ke sawah. Masa itu, berlakulah insiden kejar mengejar. Lucu betul apabila mengenangkannya," kata Mohd. Hasmi Marsani, 39, mengimbau kembali nostalgia lampau tiga dekad lalu pada hari dia dikhatankan di kampung. Pada hari tersebut, empat kanak-kanak lain turut dikhatankan bersamanya.

"Bagi saya, kanak-kanak zaman sekarang bertuah sebab mereka diberi ubat bius sebelum berkhatan. Kami dulu...tahan saja sakitnya apabila disunatkan oleh tok mudin," ujarnya seraya memandang ke arah anaknya, Mohamad Izzat, 9, yang sedang menunggu giliran untuk berkhatan dalam program berkhatan beramai-ramai, Sunathon di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun anaknya bakal berdepan dengan detik-detik berkhatan yang tidak sesukar yang pernah dilaluinya, namun ada juga riak risau yang terpancar pada wajahnya.

Apapun, berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.

Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


KHATAN tradisional memerlukan kanak-kanak mengikat kain seperti buaian.


Membuka lipatan silam, Mohd. Padzil Hashim,58, bercerita, berkhatan zaman dahulu memang meriah.

Menurutnya, pada zaman dahulu, apabila ada orang hendak berkhatan, satu kampung akan meraikannya. Mereka yang ada kerbau, lembu atau kambing akan menumbangkannya untuk dijadikan lauk kenduri.

"Sekarang meriah juga. Tetapi yang nampak meriah hanyalah kehadiran keluarga-keluarga orang yang nak bersunat. Orang-orang sekeliling tidak ikut serta meraikannya," kata Mohd. Padzil yang ketika ditemui Kosmo! sedang asyik berbual dengan rakannya, Aziz Md. Zin,54.

Cerita Mohd. Padzil lagi, orang dulu-dulu memang takut hendak bersunat. Selain masalah kewangan, faktor takut jugalah yang membuatkan kanak-kanak zaman dahulu lambat bersunat. Orang dahulu bersunat apabila hendak masuk awal remaja, jarang sekali semuda usia enam atau tujuh tahun seperti sekarang.

"Takut itu, satu hal. Yang menakut-nakutkan pun satu hal lain. Kalau nak tahu, kanak-kanak yang mahu bersunat akan ditakutkan oleh orang dewasa yang sudah bersunat. Ada ke mereka bergurau dan berkata, tok mudin guna kapak buruk dan gergaji untuk menyunat budak!" kata Mohd. Padzil.


TOK mudin merupakan individu yang mengkhatankan dalam proses khatan tradisional.


"Lagipun, kami sebenarnya bukanlah takut tengok tok mudin. Tetapi, tengok pisau yang dipegangnya! Bila dia asah pisau depan mata, kecut perut dibuatnya!" tambah Aziz memecah derai tawa kedua-duanya.

Kata Aziz lagi, bersunat zaman dulu, memang payah dan menyakitkan. Banyak perlu jaga pantang. Tidak boleh banyak minum air, tak boleh makan telur, tidak boleh banyak bergerak untuk mengelak pendarahan yang teruk dan macam-macam lagi.

"Bukanlah pantang itu wajib tetapi, kalau hendak cepat sembuh luka dan tidak mahu berlaku pendarahan, baiklah patuhi pantang. Tetapi kanak-kanak sekarang...lepas berkhatan, terus boleh berjalan. Kami dulu, terlantar di pembaringan sahaja dengan kain terikat seperti buaian. Maklumlah kalau 'benda itu' kena kain... ngilu," katanya sambil menerangkan berkhatan zaman dahulu paling kurang memerlukanseminggu untuk sembuh.

Jami Mohd. Ali,62, pula bercerita tentang adat berkhatan tradisional yang diamalkan pada zaman dahulu di Bukit Gantang, Perak.

Katanya, pada zaman dahulu, mereka berendam di dalam sungai atau parit sebelum dikhatankan. Kemudian, anak-anak ini akan duduk di atas bahu bapa atau sesiapa yang berkenaan untuk diarak ke tempat berkhatan.




Di tempat itu, sebatang pokok pisang sudah sedia menunggu. Anak-anak ini akan melangkah batang pisang itu sebanyak tiga kali. Selesai melangkah, barulah anak-anak ini duduk di atas batang pisang tadi untuk disunatkan.

"Memang ada yang cuba lari, tetapi lepas melihat dan merenung wajah tok mudin, ia biasanya menenangkan," katanya.

"Apabila hendak dikhatankan, tok mudin ambil penyepit khas dan sepit bahagian kulup kemaluan. Selepas itu, tok mudin akan potong bahagian itu dengan pisau. Kemudian, tok mudin letak iodin dan balut kemaluan anak-anak ini dengan kain. Apabila selesai, kapur sirih akan di sapu di bahagian pergelangan kaki untuk mencegah kehadiran tungau, sejenis hama yang menggatalkan," ujarnya sambil memberitahu mereka juga dikenakan pantang 'jangan terpijak tahi ayam'.

"Mungkin itu, caranya orang tua-tua mahu mengelak kami keluar dari rumah dalam tempoh bersunat," ujarnya sambil memberitahu hanya dengan bacaan doa-doa, tok mudin mampu melakukan tugasannya dengan lancar. Bahkan dia mendakwa tok mudin hanya memicit kaki individu yang hendak disunat seketika untuk menyelesaikan masalah kemaluan yang diistilahkan 'buta'.

Harun Sudin, 72, yang arwah bapanya merupakan tok mudin di Kuala Selangor pada satu ketika dahulu mengakui bukan semua orang mampu melakukan tugas tersebut.

"Tok mudin, seorang yang disegani dan dikenali oleh semua orang. Biasanya, mereka kuat agama dan berani.


JIKA dahulu kanak-kanak sebelum disunatkan berendam, kini mereka hanya disirami air.


"Ayah saya simpan alat-alat khas untuk bersunat di satu tempat dan tidak digunakan untuk tujuan lain. Berkhatan perlu dilakukan dengan pisau yang betul-betul tajam," katanya sambil memberitahu bapanya sentiasa sibuk dan pergi ke merata tempat sehingga ke Tanjung Karang untuk mengkhatankan orang terutama pada musim cuti sekolah.

"Bila dia balik ke rumah, dia akan bawa balik banyak pulut-pulut kuning yang biasa disajikan dalam kenduri orang berkhatan," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Harun, kemahiran yang dimiliki arwah bapanya bukanlah sesuatu yang diwarisi keluarga.

"Ayah saya belajar dengan seorang tok mudin pada zamannya dan ayah saya tidak mewariskan kemahiran itu kepada anak-anaknya kerana tiada antara kami yang berani memikul tugas tersebut," ujarnya.

Masa berlalu. Kira-kira penghujung tahun 1980-an, berkhatan di klinik mula mengambil tempat. Ramai yang memilih untuk berkhatan di klinik dengan penggunaan ubat bius dan suntikan.

Tiada lagi gurauan nakal yang menakut-nakutkan, melainkan kata-kata yang meredakan ketakutan seperti 'sakitnya macam kena gigit semut'.

Kini, teknologi semakin canggih. Tanpa jahitan, tiada atau kurang pendarahan, tanpa balutan dan tanpa pantang, kaedah berkhatan menggunakan peralatan plastik pakai buang seperti produk Sunathrone yang digunapakai dalam program Sunathon ini memudahkan kerja.

"Bila sembuh, kalau tiub cincin ni tak tanggal sendiri, datang jumpa doktor. Doktor boleh cabutkannya," kata pencipta kaedah berkhatan ini, Dr. Mohd. Tasron Surat kepada seorang kanak-kanak yang selesai dikhatankan dalam tempoh lima minit pada Ahad lalu.


BERKHATAN merupakan satu tuntutan agama yang perlu dilaksanakan demi kesempurnaan ibadat.


"Cuma sakit sikit sahaja," kata kanak-kanak itu, Mohd. Yuzamri Mohd. Yasin sambil cuba tersenyum saat diajukan tentang perasaannya dikhatankan. Dia merupakan salah seorang daripada 300 kanak-kanak yang menyertai program Sunathon anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Namun, teknologi belum dapat mengubah perasaan manusia. Mereka yang penakut tetap berasa takut. Tangisan dan teriakan masih kedengaran dalam program Sunathon itu. Teknologi berkhatan secanggih mana pun masih dilihat oleh sesetengah kanak-kanak seperti pisau tajam tok mudin!

Thursday, September 25, 2008

Perbezaan yg mengugat kenteraman awam Dulu dan Sekarang

LAIN DULU LAIN SEKARANG................ gitu la senikata lagu seniman yg aku minati Tan Sri SM Salim



Gitu laa.. dulu LAIN sekarang LAIN.



Begitu juga kepada mereka yang menggangu kenteraman awam dan mengugat keselamatan negara yg mana tujuan asal mereka SERUPA sahaja cuma pendekatan mereka sahaja berbedza . Olih kerana pengedaran masa medium medium yg di gunakan adalah mengikut peredaran zaman.Jika dahulu dengan senjata sahaja dapat mengugat kenteraman awam secara fizikal tetapi sekarang dengan bantuan teknologi2 canggih dapat juga mengugat kenteteraman awam secara fizikal dan juga mental.



Dahulu senjata sahaja bolih membuat satu negara huru hara dan bertukar pemerintah, di ikuti kemudian nya dengan sebatang pen bolih menulis berjuta perkataan beracun yg dapat mengucar kacirkan dan menghancurkan negara. Selepas itu dengan secara senyap dan juga mengunakan imuniti dan juga kelemahan undang undang yang ada akan disalah gunakan untuk untuk menggangu keteraman awam.



Sekarang dengan teknologi terkini yang ada media baik media cetak atau pun media siar dan media di alam maya di internet yg tiada sempadan itu akan menjadi senjata pemusnah yang bolih mengganggu ketenteraman awam yang mana ia nya akan dapat meracuni pemikiran orang2 awam yang membaca nya dan mempengaruhi minda mereka mempercayai apa juga yang di tuliskan umpama nya AKHBAR dan BLOG. Kira2 blogger2 dan penerbit2 media ini yg tidak mempunyai etika itu lebih memberbahaya dan bolih membuat sesebuah negara huru hara.



Pada pendapat aku mereka2 ini sama juga peranan mereka saperti penganas penganas komunis dahulu yang mengangkat senjata untuk mencapai matlamat dan mengembangkan idiology mereka cuma pendekatan sahaja berbedza mereka meraka yang patut di kongkong untuk keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara.



Kehendak , pendapat dan juga keselamatan majority yang ingin keharmonian dan keamanan juga patut dijaga.





APA NAK JADI ..APA NAK JADI ..SAMPAI SEKARANG TAK JADI LAGI..... satu lagi lagu seniman Tan Sri SM Salim.



Selamat berbelanja untuk berhari raya pada semua.............



Salam...

Monday, July 21, 2008

SUDAH LAMA TIDAK KELADANG

Sudah lama tidak keladang ... teringat pantun itu. begitu lah apa terjadi pada aku yg dah lama tak memblogkan blog aku ini, dari sebelum Piliharaya Umum hingga hendak ke PIlihanraya lagi sekali ini. Bukan kerana apa cuma bahan2 sudah ada cuma masa saja nak melengkapkan dalam blog ini yg tidak dapat dengan kata2 yg mudah sibuk la kerana kerja. Cuti banyak lagi tahun 2006 ada 20 hari 2007 ada 24 hari jgn kata 2008 punya tapi apa nak buat dah tugas kena la menunaikan tanggungjawap dulu .

Ini pun curi2 masa nak intai2 blog ini, sampai ada yg berkata blog aku dah bersarang dengan spider web dan ada yg berkata suruh bangun la dr tido. hehheheheh sabar aje laa. Sejak aku berenti ni mcm2 la cerita tentang blog ada, ada rancangan Blog dalam RTM TV1 , menemuramah blogger2 yg famous. Ada pulak mantan PM punya blog Chedet yg tersohor tu. ada juga blogger yg kena tahan ISA dan kena remand ish ish ish...blog punya pasal. tentu nye Blog ini lebih hebat dari senjata yg digunakan olih penganas2 komunis dahulu dan sepatut nye di tahan kepada blogger yg sengaja mendatangkan mudarat dan kegelisahan.

Kira2 era blog ini dah menjadi satu kemestian dan trendy sekarang ini tapi tak ramai MP2 yg ada blog yg membolihkan mereka menJUALkan diri mereka kepada pembaca dan mungkin kepada pengundi2 di kawasan mereka . Kenapa tak guna kan blog sebagai media mendekatkan diri pada masyarakat kerana dari situ blogger akan mendapat speedy feedback dari pembaca pembaca dan kalau dah famous tentu saja mempunyai pengikut pengikut yg setia. Tak kisah la samaada apa yg duk citer dlam blog itu, cerita benar kah?, cerita hikayat kah? cerita merapu la? cerita sedih , gembira, takut dan bermacam2 sentiment bolih di paparkan dalam blog. Kenapa ada satu blog yg famous itu terdapat terlalu ramai pengikut kerana purata dalam 10 cerita yg di blogkan cuma 1 saja yg bolih dipakai, tetapi 9 lagi cerita yg direka2 membuat pengikut2 setia nye terlalu percaya apa yg dia blog kan.

Ok la buat kali ini,sebagai permulaan 2nd round ini....

Monday, January 21, 2008

Kempen Memenangi Hati Pengundi2 Kelantan


Papan tanda ini kelihatan di Airport Kota Bahru untuk kesenangan dan keselesaan rakyat2 Kelantan.

Sunday, January 6, 2008

Amaran: Jgn letak Handset sebelah seterika...

Awas jangan jadi begini.....................