Sunday, November 15, 2009

Rahsia Di Sebalik Pulau Besar, Melaka










Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka
Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.
Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.
Kesucian Pulau ini harus dipertahankan olih setiap insan.Keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menyediakan prasarana di pulau untuk mendidik jenerasi akan datang supaya mereka dapat mengamalkan dan menegakkan syiar Islam harus mendapat sokongan dari setiap umat Islam.

SEJARAH AWAL PULAU BESAR
Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.
Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)
Nama sebenar ialah Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Moyang beliau Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat termashyur di seluruh dunia. Beliau juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu.Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M (900H) antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim (r.a). Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa, Kelantan dan di seluruh Kepulauan Melayu. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) meninggal dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun serta dikebumikan di sini. Makam ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.
MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.
Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau hanya berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)
Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah, puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq.
Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.
MAKAM SYARIFAH RODZIAH
Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.
Ketika hidupnya juga beliau disifatkan seorang yang zuhud sertatinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya.
Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak berumah.

Friday, November 21, 2008

Cuti sekolah ... Musim Bersunat .........

Gerun tengok pisau tok mudin




'SAYA lihat seorang budak yang tidak mahu masuk jawi lari lintang pukang keliling kampung sampai ke sawah. Masa itu, berlakulah insiden kejar mengejar. Lucu betul apabila mengenangkannya," kata Mohd. Hasmi Marsani, 39, mengimbau kembali nostalgia lampau tiga dekad lalu pada hari dia dikhatankan di kampung. Pada hari tersebut, empat kanak-kanak lain turut dikhatankan bersamanya.

"Bagi saya, kanak-kanak zaman sekarang bertuah sebab mereka diberi ubat bius sebelum berkhatan. Kami dulu...tahan saja sakitnya apabila disunatkan oleh tok mudin," ujarnya seraya memandang ke arah anaknya, Mohamad Izzat, 9, yang sedang menunggu giliran untuk berkhatan dalam program berkhatan beramai-ramai, Sunathon di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Walaupun anaknya bakal berdepan dengan detik-detik berkhatan yang tidak sesukar yang pernah dilaluinya, namun ada juga riak risau yang terpancar pada wajahnya.

Apapun, berkhatan, bersunat atau dipanggil juga 'masuk jawi', merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh setiap individu Muslim. Pembedahan kecil membuang kulit yang menutupi alat sulit lelaki perlu dilalui oleh setiap lelaki Muslim bagi menjamin kesucian daripada sisa najis apabila menunaikan ibadat. Ternyata Islam begitu mendidik umatnya tentang kepentingan nilai bersih dan suci.

Seperti mana zaman yang berubah, begitu juga kaedah berkhatan yang dipraktikkan. Mungkin kita telah kehilangan elemen tradisi, namun adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk kita menafikan putaran waktu.


KHATAN tradisional memerlukan kanak-kanak mengikat kain seperti buaian.


Membuka lipatan silam, Mohd. Padzil Hashim,58, bercerita, berkhatan zaman dahulu memang meriah.

Menurutnya, pada zaman dahulu, apabila ada orang hendak berkhatan, satu kampung akan meraikannya. Mereka yang ada kerbau, lembu atau kambing akan menumbangkannya untuk dijadikan lauk kenduri.

"Sekarang meriah juga. Tetapi yang nampak meriah hanyalah kehadiran keluarga-keluarga orang yang nak bersunat. Orang-orang sekeliling tidak ikut serta meraikannya," kata Mohd. Padzil yang ketika ditemui Kosmo! sedang asyik berbual dengan rakannya, Aziz Md. Zin,54.

Cerita Mohd. Padzil lagi, orang dulu-dulu memang takut hendak bersunat. Selain masalah kewangan, faktor takut jugalah yang membuatkan kanak-kanak zaman dahulu lambat bersunat. Orang dahulu bersunat apabila hendak masuk awal remaja, jarang sekali semuda usia enam atau tujuh tahun seperti sekarang.

"Takut itu, satu hal. Yang menakut-nakutkan pun satu hal lain. Kalau nak tahu, kanak-kanak yang mahu bersunat akan ditakutkan oleh orang dewasa yang sudah bersunat. Ada ke mereka bergurau dan berkata, tok mudin guna kapak buruk dan gergaji untuk menyunat budak!" kata Mohd. Padzil.


TOK mudin merupakan individu yang mengkhatankan dalam proses khatan tradisional.


"Lagipun, kami sebenarnya bukanlah takut tengok tok mudin. Tetapi, tengok pisau yang dipegangnya! Bila dia asah pisau depan mata, kecut perut dibuatnya!" tambah Aziz memecah derai tawa kedua-duanya.

Kata Aziz lagi, bersunat zaman dulu, memang payah dan menyakitkan. Banyak perlu jaga pantang. Tidak boleh banyak minum air, tak boleh makan telur, tidak boleh banyak bergerak untuk mengelak pendarahan yang teruk dan macam-macam lagi.

"Bukanlah pantang itu wajib tetapi, kalau hendak cepat sembuh luka dan tidak mahu berlaku pendarahan, baiklah patuhi pantang. Tetapi kanak-kanak sekarang...lepas berkhatan, terus boleh berjalan. Kami dulu, terlantar di pembaringan sahaja dengan kain terikat seperti buaian. Maklumlah kalau 'benda itu' kena kain... ngilu," katanya sambil menerangkan berkhatan zaman dahulu paling kurang memerlukanseminggu untuk sembuh.

Jami Mohd. Ali,62, pula bercerita tentang adat berkhatan tradisional yang diamalkan pada zaman dahulu di Bukit Gantang, Perak.

Katanya, pada zaman dahulu, mereka berendam di dalam sungai atau parit sebelum dikhatankan. Kemudian, anak-anak ini akan duduk di atas bahu bapa atau sesiapa yang berkenaan untuk diarak ke tempat berkhatan.




Di tempat itu, sebatang pokok pisang sudah sedia menunggu. Anak-anak ini akan melangkah batang pisang itu sebanyak tiga kali. Selesai melangkah, barulah anak-anak ini duduk di atas batang pisang tadi untuk disunatkan.

"Memang ada yang cuba lari, tetapi lepas melihat dan merenung wajah tok mudin, ia biasanya menenangkan," katanya.

"Apabila hendak dikhatankan, tok mudin ambil penyepit khas dan sepit bahagian kulup kemaluan. Selepas itu, tok mudin akan potong bahagian itu dengan pisau. Kemudian, tok mudin letak iodin dan balut kemaluan anak-anak ini dengan kain. Apabila selesai, kapur sirih akan di sapu di bahagian pergelangan kaki untuk mencegah kehadiran tungau, sejenis hama yang menggatalkan," ujarnya sambil memberitahu mereka juga dikenakan pantang 'jangan terpijak tahi ayam'.

"Mungkin itu, caranya orang tua-tua mahu mengelak kami keluar dari rumah dalam tempoh bersunat," ujarnya sambil memberitahu hanya dengan bacaan doa-doa, tok mudin mampu melakukan tugasannya dengan lancar. Bahkan dia mendakwa tok mudin hanya memicit kaki individu yang hendak disunat seketika untuk menyelesaikan masalah kemaluan yang diistilahkan 'buta'.

Harun Sudin, 72, yang arwah bapanya merupakan tok mudin di Kuala Selangor pada satu ketika dahulu mengakui bukan semua orang mampu melakukan tugas tersebut.

"Tok mudin, seorang yang disegani dan dikenali oleh semua orang. Biasanya, mereka kuat agama dan berani.


JIKA dahulu kanak-kanak sebelum disunatkan berendam, kini mereka hanya disirami air.


"Ayah saya simpan alat-alat khas untuk bersunat di satu tempat dan tidak digunakan untuk tujuan lain. Berkhatan perlu dilakukan dengan pisau yang betul-betul tajam," katanya sambil memberitahu bapanya sentiasa sibuk dan pergi ke merata tempat sehingga ke Tanjung Karang untuk mengkhatankan orang terutama pada musim cuti sekolah.

"Bila dia balik ke rumah, dia akan bawa balik banyak pulut-pulut kuning yang biasa disajikan dalam kenduri orang berkhatan," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Harun, kemahiran yang dimiliki arwah bapanya bukanlah sesuatu yang diwarisi keluarga.

"Ayah saya belajar dengan seorang tok mudin pada zamannya dan ayah saya tidak mewariskan kemahiran itu kepada anak-anaknya kerana tiada antara kami yang berani memikul tugas tersebut," ujarnya.

Masa berlalu. Kira-kira penghujung tahun 1980-an, berkhatan di klinik mula mengambil tempat. Ramai yang memilih untuk berkhatan di klinik dengan penggunaan ubat bius dan suntikan.

Tiada lagi gurauan nakal yang menakut-nakutkan, melainkan kata-kata yang meredakan ketakutan seperti 'sakitnya macam kena gigit semut'.

Kini, teknologi semakin canggih. Tanpa jahitan, tiada atau kurang pendarahan, tanpa balutan dan tanpa pantang, kaedah berkhatan menggunakan peralatan plastik pakai buang seperti produk Sunathrone yang digunapakai dalam program Sunathon ini memudahkan kerja.

"Bila sembuh, kalau tiub cincin ni tak tanggal sendiri, datang jumpa doktor. Doktor boleh cabutkannya," kata pencipta kaedah berkhatan ini, Dr. Mohd. Tasron Surat kepada seorang kanak-kanak yang selesai dikhatankan dalam tempoh lima minit pada Ahad lalu.


BERKHATAN merupakan satu tuntutan agama yang perlu dilaksanakan demi kesempurnaan ibadat.


"Cuma sakit sikit sahaja," kata kanak-kanak itu, Mohd. Yuzamri Mohd. Yasin sambil cuba tersenyum saat diajukan tentang perasaannya dikhatankan. Dia merupakan salah seorang daripada 300 kanak-kanak yang menyertai program Sunathon anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Namun, teknologi belum dapat mengubah perasaan manusia. Mereka yang penakut tetap berasa takut. Tangisan dan teriakan masih kedengaran dalam program Sunathon itu. Teknologi berkhatan secanggih mana pun masih dilihat oleh sesetengah kanak-kanak seperti pisau tajam tok mudin!

Thursday, September 25, 2008

Perbezaan yg mengugat kenteraman awam Dulu dan Sekarang

LAIN DULU LAIN SEKARANG................ gitu la senikata lagu seniman yg aku minati Tan Sri SM Salim



Gitu laa.. dulu LAIN sekarang LAIN.



Begitu juga kepada mereka yang menggangu kenteraman awam dan mengugat keselamatan negara yg mana tujuan asal mereka SERUPA sahaja cuma pendekatan mereka sahaja berbedza . Olih kerana pengedaran masa medium medium yg di gunakan adalah mengikut peredaran zaman.Jika dahulu dengan senjata sahaja dapat mengugat kenteraman awam secara fizikal tetapi sekarang dengan bantuan teknologi2 canggih dapat juga mengugat kenteteraman awam secara fizikal dan juga mental.



Dahulu senjata sahaja bolih membuat satu negara huru hara dan bertukar pemerintah, di ikuti kemudian nya dengan sebatang pen bolih menulis berjuta perkataan beracun yg dapat mengucar kacirkan dan menghancurkan negara. Selepas itu dengan secara senyap dan juga mengunakan imuniti dan juga kelemahan undang undang yang ada akan disalah gunakan untuk untuk menggangu keteraman awam.



Sekarang dengan teknologi terkini yang ada media baik media cetak atau pun media siar dan media di alam maya di internet yg tiada sempadan itu akan menjadi senjata pemusnah yang bolih mengganggu ketenteraman awam yang mana ia nya akan dapat meracuni pemikiran orang2 awam yang membaca nya dan mempengaruhi minda mereka mempercayai apa juga yang di tuliskan umpama nya AKHBAR dan BLOG. Kira2 blogger2 dan penerbit2 media ini yg tidak mempunyai etika itu lebih memberbahaya dan bolih membuat sesebuah negara huru hara.



Pada pendapat aku mereka2 ini sama juga peranan mereka saperti penganas penganas komunis dahulu yang mengangkat senjata untuk mencapai matlamat dan mengembangkan idiology mereka cuma pendekatan sahaja berbedza mereka meraka yang patut di kongkong untuk keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara.



Kehendak , pendapat dan juga keselamatan majority yang ingin keharmonian dan keamanan juga patut dijaga.





APA NAK JADI ..APA NAK JADI ..SAMPAI SEKARANG TAK JADI LAGI..... satu lagi lagu seniman Tan Sri SM Salim.



Selamat berbelanja untuk berhari raya pada semua.............



Salam...

Monday, July 21, 2008

SUDAH LAMA TIDAK KELADANG

Sudah lama tidak keladang ... teringat pantun itu. begitu lah apa terjadi pada aku yg dah lama tak memblogkan blog aku ini, dari sebelum Piliharaya Umum hingga hendak ke PIlihanraya lagi sekali ini. Bukan kerana apa cuma bahan2 sudah ada cuma masa saja nak melengkapkan dalam blog ini yg tidak dapat dengan kata2 yg mudah sibuk la kerana kerja. Cuti banyak lagi tahun 2006 ada 20 hari 2007 ada 24 hari jgn kata 2008 punya tapi apa nak buat dah tugas kena la menunaikan tanggungjawap dulu .

Ini pun curi2 masa nak intai2 blog ini, sampai ada yg berkata blog aku dah bersarang dengan spider web dan ada yg berkata suruh bangun la dr tido. hehheheheh sabar aje laa. Sejak aku berenti ni mcm2 la cerita tentang blog ada, ada rancangan Blog dalam RTM TV1 , menemuramah blogger2 yg famous. Ada pulak mantan PM punya blog Chedet yg tersohor tu. ada juga blogger yg kena tahan ISA dan kena remand ish ish ish...blog punya pasal. tentu nye Blog ini lebih hebat dari senjata yg digunakan olih penganas2 komunis dahulu dan sepatut nye di tahan kepada blogger yg sengaja mendatangkan mudarat dan kegelisahan.

Kira2 era blog ini dah menjadi satu kemestian dan trendy sekarang ini tapi tak ramai MP2 yg ada blog yg membolihkan mereka menJUALkan diri mereka kepada pembaca dan mungkin kepada pengundi2 di kawasan mereka . Kenapa tak guna kan blog sebagai media mendekatkan diri pada masyarakat kerana dari situ blogger akan mendapat speedy feedback dari pembaca pembaca dan kalau dah famous tentu saja mempunyai pengikut pengikut yg setia. Tak kisah la samaada apa yg duk citer dlam blog itu, cerita benar kah?, cerita hikayat kah? cerita merapu la? cerita sedih , gembira, takut dan bermacam2 sentiment bolih di paparkan dalam blog. Kenapa ada satu blog yg famous itu terdapat terlalu ramai pengikut kerana purata dalam 10 cerita yg di blogkan cuma 1 saja yg bolih dipakai, tetapi 9 lagi cerita yg direka2 membuat pengikut2 setia nye terlalu percaya apa yg dia blog kan.

Ok la buat kali ini,sebagai permulaan 2nd round ini....

Monday, January 21, 2008

Kempen Memenangi Hati Pengundi2 Kelantan


Papan tanda ini kelihatan di Airport Kota Bahru untuk kesenangan dan keselesaan rakyat2 Kelantan.

Sunday, January 6, 2008

Amaran: Jgn letak Handset sebelah seterika...

video

Awas jangan jadi begini.....................

Monday, December 24, 2007

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

Rabu 19hb December 2007 jam pukul 10.00mlm (malam hari raya aidil adha ) selepas balik dari pejabat keluarga aku sudah pun berkemas hendak memulakan perjalanan ke Pulau Pinang untuk berhari Raya bersama adik aku yg mendapatkan rawatan di Lam Wah Ee Hosp. Tapi satelah mendengar lapuran dari radio yg memberitahu bahawa jalan2 ke utara sesak dengan kenderaan bercuti dan balik kampung berhari raya dan juga sms dari TUN mengatakan exit sg buluh sesak maka aku pun menangguhkan perjalanan aku selepas tengah malam . Jam 1.00pagi baru aku mulakan perjalanan aku bersama akak dan anak sulong aku yg dua lagi sudah ada lebih 3 minggu di pulau pinang.





Sungguh syahdu perjalanan mlm itu dengan suasana yg tenang dan sejuk aku memandu dengan di iringi sekali sekala Takbir Hari Raya memuji ilahi berkumandang di radio kereta aku , bila terdengar takbir mula la fikiran aku melayang mengingati bagaimana meriah nya semasa kami adik beradik berhari raya bersama ibu bapa ku semasa ibu bapa aku masih ada lagi ermm itu hanya tinggal nostalgia sahaja tanpa ku sangka berlinang airmata ku semasa itu ( sentimentel jugak aku psl ini ).





Semasa hendak sampai ke exit bukit beruntung kenderaan telah mula banyak dah jugak berjalan terhensut2 . Aduhaiii sepanjang jalan dihadapan sinaran lampu brake merah kenderaan kelihatan berkilo2 meter ermmm...bolih jadi ada sesuatu terjadi kot di hujung itu... selepas lebih kurang 1 satu Jam menempuh kesesakan sampai ke exit bukit beruntung sebuah truck besar didapati terkandas menutup satu lorong , ini yg menyebabkan beratur satu jam tadi. Selepas itu perjalanan lancar ke slim river tetapi kenderaan sungguh banyak sekali menuju ke utara. Aku terima lagi SMS dari TUN mengatakan Exit Ipoh sesak Kuar exit simpang pulai , terima kasih TUN pasal updatekan keadaan jalan raya .





Perjalanan diteruskan semasa sampai ke exit simpang pulai memang clear aku pun dok fikir maybe exit Ipoh pun clear juga dan meneruskan perjalanan ke exit ipoh...lebih kurang 2 kilometer dari exit simpang pulai kenderaan telah mula sesak , masyallah dari situ kenderaan bergerak pelahan2 ke exit ipoh siapa sangka ye jam menunjukkan 4.00 pagi tapi jalan sungguh sesak dengan kenderaan2. Sampai ke toll aku mencelah ke smartag booth yg satu aje buka tapi
tidak sesak kalau dibandingkan dengan touch & go atau lorong tunai....(ini la untung nye kalau mengunakan smartag ). Perjalanan diteruskan lagi dan singgah di R&R Sg Perak untuk meredakan tangki aku yg telah penuh hehheheh... azan subuh berkumandang dengan syahdu nye di pagi yg hening itu memanggil kaum muslimim bersolat saperti ayat di akhir azan subuh itu..." bersolat itu banyak kelebihan nya dari tidur".........



Kenderaan sungguh banyak sekali masa itu, dan sepanjang perjalanan itu ramai pemandu berhenti di R&R atau pun hentian sebelah untuk tidur bolih jadi mereka2 ini berhenti untuk berehat dan mengharapkan kenderaan berkurangan pada sebelah awal pagi kot........ agak2 nye kesemua pemandu2 ini mempunyai idea yang sama ia itu perjalanan di awal pagi tidak akan mengalami kesesakan....tapi kalau dah beribu pemandu mempunyai idea yg sama ini la yg jadi nya.....sama2 bersesak2 dijalan raya di pagi Raya.....



Sampai ke Jambatan Pulau Pinang jam menunjukkan pukul 7.45pagi , ingatkan nak cari breakfast di pulau mencari sekeliling tapi takde kedai yg buka, lupa pulak masa tu pagi raya maybe mamak2 tu sibuk nak bersolat sunat aidil adha kot....aku pun meneruskan kan perjalan ke destinasi aku di BP disana sudah pun tersedia juadan pagi raya dengan nasi impit kuah kacang, sup tulang, sambal sotomg , nasi tomato , rendang dll termasuk lemang yg aku beli dari keramat . Sungguh berselera aku makan pagi tu.



Lepas makan aku pegi check in kat Upih Inn di BP dan ZZZzzz sampai tengahhari dan aku gi melawat adik aku di hospital yg mana dia nampak nye telah segar dari pembedahan nye tempuhari dan aku lihat dia sungguh relak dan tabah walau pun dengan penyakit yg dia hadapi itu. Kami 3 keluarga dari KL telah memenuhi bilik ward itu dan berhari raya la kami di hospital . Petang itu kami makan malam di Rahim Nasi Dalcha di queens street penang, tempat yg tidak pernah miss kalau aku ke Pulau Pinang, cuba la try sapa2 yg nak merasa the best Nasi Dalcha in the world kat sini hahhahah...... malam itu aku ke Batu Peringgi ( Peringgi = Portugis kot ) anak2 aku nak soping2 di pasar malam di sana...malam itu agak lewat balik ke Upih Inn sampai disana aku pun ZZZZzzz . Anak2 aku dan sepupu2 nye tidak tidor hingga ke pagi kerana masing2 dengan notebook seorang satu bermain interactive games ( Lain pulak interest budak2 sekarang kalau aku dulu2 berkumpul sesama sepupu2 aku kami akan bermain terup "kandang" hingga ke pagi hahahah ).



Esuk nye aku ke bangun lambat dan terus ambil brunch saja.....petang nye aku ke hospital lagi, dan malam nye kami tak tau mana nak pegi dinner, nak jadikan cerita ini ada sedikit panduan dan pengalaman aku nak kongsi pasal makan malam itu, kami bercadang nak makan ikan bakar di Teluk Tempoyak samapi saja ke restoran yang biasa kami pergi sungguh ramai pelanggan di situ dan tiada tempat duduk jugak ikan pun cuma tingal 3 atau 4 ekor aje, sotong ketam udang dah habis. Kami pun bergegas ketempat retoran melayu yg satu lagi bernama "Chalet Seri Idaman SeaFood Telok Tempoyak", tempat dia sungguh besar pelayan2 dia beruniform saperti lawyer pulak baju putih , blazzer hitam dan seluar hitam, sungguh segak nampak nya, tetapi malang nya layan yg kami dapat di situ sungguh sungguh sungguh mendukacitakan . Manakan tidak dari menyediakan tempat untuk 20 orang pun dengan muka yg masam2 pelayan lelaki itu menarik2 meja dan tidak mengunakan akal dalam menyusun meja. Sementara pelayan perempuan yang mengambil order dengan memberi satu menu kepada 20 pelanggan dan mendesak ???? untuk memesan apa yg kami mahu makan dan minum???.... . Setelah lebih dari 1 jam dan nak dekat 2 jam kami menunggu 10 pingan nasi goreng yg di pesan cuma yg datang 2 pinggan saya, sotong yg di pesan telah habis dimakan kerana nak menunggu pesanan yg lain. Semasa pesanan ikan yg dihantar pelayan telah menjatuhkan kuah ikan itu nasib baik tidak mengenai seluar aku cuma kasut aku saja yg kena.... pelayan itu langsung tidak meminta maaf apa yg terjadi, apa bila mee hailam di hantar aku pun meminta sudu dan garfu yg tidak diberi sama , aku terkejut pelayan itu dengan Kurang Ajar nya meninggikan suara nya "sabar la dulu"....... air minuman tembikai yg di pesan lebih teruk dari minuman sirap kenduri kahwin dengan rasa yg tawar hambar warna merah yg tak merah.. tak tau mana silap nye restoran melayu ini,,pengurusan nye atau lagak pelayan yg memakai suit bak lawyer itu. Kami dah tahan lagi dah lebih dua jam menunggu kami bayar apa yg ada diatas meja dan cari nasi kandar yg cuma 15 minit saja telah habis semua order. Mlm itu aku balik ke Upih Inn pukul 1.30pagi.





Aku balik ke KL pada hari ahad ............................