Sunday, November 15, 2009

Rahsia Di Sebalik Pulau Besar, Melaka










Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka
Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.
Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.
Kesucian Pulau ini harus dipertahankan olih setiap insan.Keikhlasan dan kesungguhan kita untuk menyediakan prasarana di pulau untuk mendidik jenerasi akan datang supaya mereka dapat mengamalkan dan menegakkan syiar Islam harus mendapat sokongan dari setiap umat Islam.

SEJARAH AWAL PULAU BESAR
Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.
Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.
Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.
Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)
Nama sebenar ialah Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Moyang beliau Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat termashyur di seluruh dunia. Beliau juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu.Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M (900H) antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim (r.a). Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa, Kelantan dan di seluruh Kepulauan Melayu. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).
Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) meninggal dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun serta dikebumikan di sini. Makam ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.
MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ
Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.
Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau hanya berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.
MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)
Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah, puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq.
Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.
MAKAM SYARIFAH RODZIAH
Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.
Ketika hidupnya juga beliau disifatkan seorang yang zuhud sertatinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya.
Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak berumah.

14 comments:

arZOoo said...

mak aihhhh..setahun sekali update ker, cenggini kene tunggu november 2010 lah baru leh komen ekk....jejeejejejejej

jaketbiru said...

betul betul betul betul.. hehehehehe

m i n e r a l . . . said...

info sgt bagus bro...teruskan usaha...caiyukkk caiyukkk

Anonymous said...

salam....
memang tidak di nafikan bahawa pulau besar merupakan pusat perkembangan agama islam di nusantara dan amat wajar jika sentiasa di pelihara dan di pantau bagi memelihara karamoh yang sedia...barau ini saya terpanggil datang ke pulau besar dalam bulan rejab yang juga di kenali sebagai bulan pengisian..akan tetapi apa yang mendukacitakan ialah banyak tempat dan makam telah di cemari oleh kesucian.Sebagai contoh Gua Yunus telah di jadikan batu yang ada di sembah oleh segelintir masyarakat Tamil yang mana membawa kepada kesan yang tidak baik pada org yang beragama islam khasnya dan masyarakat persilatan,Makam Dang Wangi di sebelah Temapayan Nenek Kebayan(telaga Tempayan Pecah( telah di salah gunakan oleh masyarkat india yanag telah wujud sebagai alat sembahan dan pernazaran yang boleh membuatkan iktikad org2 islam yang berkunjung terpesong) alangkah sedih nya pusata pegembangan agama yang kita cintai di ceroboh dan di nodai dengan sebegitu sahaja(wujud angkara(sepertimana cerita sejarah melayu Raja Mandeliar) keturunan Tamil Islam) yang jadi sebagai penyebab.Renungkan lah.....

Anonymous said...

biarkanla at least dorang percaya makan kekuasaan allah pelahan pelahan dorang masuk islam kita melayu yang malu lagipun orang india da tahu asal islam dan adanya Rasul terulung kerana itulah
india diislamkan sebelum melayu dulu pun orang melayu beragama hindu sebelum bertamadun

Anonymous said...

LAGI KALAU NAK TAHU ORANG INDIA MUSLIMLAH YANG BANYAK MENJAGA PULAU BESAR KERANA DI INDIA BANYAK
MAKAM MAKAM AWLIYA DISANA KERANA ITULAH INDIA ATAU KERALA/MALABAR DIGELAR THE LAND OF SPIRITUAL MANAKALA INDONESIA DIGELAR THE LAND OF MYSTIC....KEDUA DUANYA BERBAU TASAUF KITA ORANG MELAYU MASIH BARU LAGI DALAM ISLAM

Anonymous said...

SAYA BUKAN MENYEBELAHI MANA MANA PIHAK TAPI BERDASARKAN SEJARAH BERTAMADUNNYA MANUSIA ADA KAIT MENGAIT DENGAN PERJALANAN ISLAM DARI ARAB SAMPAI KE KEPULAUAN MELAYU. IKUT JALAN ITU LEBIH DEKAT DENGAN REALITY DAN FACT. KITA ORANG MELAYU YANG TERAKHIR MASUK ISLAM (ALHAMDULLILAH)KALAU IKUT PERJALANANNYA..

Anonymous said...

Syukur lah ramai yg tau asal usul kedatangan islam. Pulau besar tempat himpunan mesyuarat para wali asia. Pulau besar adalah tempat berkumpul para wali. Mereka mencari mursyidul yg terhampir di pulau besar. Siapa yg pernah terlihat cahaya terang benderang beberapa tahun sekali di pulau besar pasti hatinya sudah ternoda dgn iman yg sgt dahsyat. Tiada lagi duniawi. Zuhud....

zamanrahman@gmail.com said...

pernah terjadi di dlm gambar2 yg saya dipulau besar itu ...mencerita kan cerita2 yg mistik disebalik nya...umpama nya ..sinaran cahaya bolih kelihatan terus masuk dlm satu mihrab semasa seorang dr keluarga saya berada didlm nya........imej lembaga yg bengis kelihatan di ats pokok pada satu senja....

Anonymous said...

Salam wbt, kubur wali besar (kubur panjang) itu pernah diziarahi oleh syaikh naksyabahdi dlm beberapa tahun yg lepas. baguslah diperluaskan maklumat tg kisah orang2 soleh zaman dulu dan sejarahnya yg sudah diabaikan oleh generasi zaman sekarang hingga ramai yg terpengaruh oleh konsep jihad yang meragukan.

Anonymous said...

Masyarakat kita masakini banyak yg terikut ikut dgn tafsiran islam yg dicanangkan oleh pihak2 yn mempunyai agenda dan kepentingan tertentu tanpa maksud yg sebenar. Wajarkah ayat2 al Quran dan Hadis dijual dgn harga di dunia ini. Di sinilah kita perlu kpd tokoh2 yg ikhlas dlm perjuagan mereka spt tok kenali, hj said linggi, tokku paloh, hamzah fansuri, shaikh daud fatoni dan ramai lagi. Wallahualam.

Little Abu @ Azizan said...

Saya berpeluang pergi ke Pulau Besar 13 tahun dahulu. Saya pergi bersama seorang teman. Agak menyeramkan dan salah satu pengalaman menarik. Semasa saya pergi, di satu makam tu memang ramai orang India Muslim membuat majlis keramaian, tapi saya sudah lupa nama Makam itu. Saya melawat makam 7 beradik, makam2 nya panjang2, bukan macam makam orang biasa kita. Semasa melawat dari 1 tempat 1 tempat, di satu jalan denai (jalan kampung yang sempit) saya berjumpa seorang lelaki berpakaian Melayu lama, dengan bersongket, bertengkolok dan bertongkat. Lelaki itu berjalan seorang diri melepasi kami. Memang terasa ganjil sangat, dan kami tak berani nak tegur. Semasa dalam perjalanan, kami ternampak satu warung. Ingat nak singgah minum air, tetapi ada satu lelaki yang kami temui dalam perjalanan menyuruh kami agar jangan singgah di kedai itu. Menurut lelaki itu, pemilik kedai itu bertukar menjadi orang lain pada waktu malam... Agak menakutkan.. tapi pemilik kedai itu adalah satu perempuan tua, dan di kedai nya ada seekor kucing hitam. Lagi pun kedai tu jauh daripada tempat orang ramai.. Memang menakutkan.. Itulah pengalaman misteri saya di Pulau Besar.

damak lee said...

dari kecik dok terfikir melaka dikalah kan oleh portugis..sedangkan tanah melayu ketika itu amat hebat..dikatakan berlawan guna keris dan tombak..sungguh hina dikatakan bergitu..sedangkan antara portugis dan melaka ..melaka dulu dah ada meriam..dah ada senapan dah ada meriam kecil mcm bazoka..bodoh siapa ckp melaka lawan pakai keris dan tombak..bukti..kurun ke 7 lagi kalah atau kedah dah ada tempat peleburan besi..dan dikatakan besi terkuat didunia..portugis yang kuno berlayar ke melaka jakun tengok kemegahan melaka ..pertama kali jumpa cermin..tak layak nak kalahkan melaka..kalau dikaji sepanjang selat melaka banyak kerajaan melayu..mereka merampas melaka buakan beperang..mereka dapat melaka dari menkaji sejarah org melayu iaitu perasan hasad dengki yang kuat..mengapa mereka bersungguh-sungguh menbawa pulang kesemua manuskrip..buku2 dan bukti kemegahan melaka ke barat..fakta bole diputar belit..dipendekan cerita..katakanlah kita dari keturunan panglima perang..tok moyang kita satu dunia tahu kehebatan nya..rasanya ada tak org nak kacau kita..sebelum kenal kita sapa..dan katakan lah kita nie keturunan kita pengecut..semua dunia tahu..walaupun kita hati kering..sejarah bole ubah pendirian kita..ketahuilah org melayu hebat zaman dahulu..cuba tengok rumah zaman dahulu ..bangsa temadun jer yang mampu buat..

Joker said...

Semua salah masyarakat India? Yang korang manipulasikan sejarah MALAYSIA yang sebenarnya dikenali sebagai Mazhai Boomi yang ditukarkan nama sebagai Tanah Melayu lol. Korang Semua nak claim! Listen bro, I respect ISLAM & it doesn’t mean that only MALAY are Muslims! There’s plenty of non malays also being as Muslims & they’re far away better than y’all. Get a life fool lol