Saturday, December 1, 2007

Keselesaan menjadikan manusia leka, Kesusahan menjadikan manusia peka.

Zon keselesaan ialah segala bentuk kesenangan atau kemudahan sama ada dari aspek fizikal, mental ataupun spiritual.

Fizikal: Menggunakan tenaga yang ada pada keseluruhan anggota serta deria yang merupakan sumber potensi atau satu fitrah dari Allah.

Mental: Menggunakan pemikiran secara kritis, kreatif dan inovatif ke arah mencetus sesuatu idea yang bernas serta mampu membuat keputusan serta menyelesaikan sesuatu masalah secara adil dan bijak

Spiritual: Berusaha untuk menganalisis, menghayati serta membuat refleksi terhadap sesuatu tugas yang diberikan secara lebih berdedikasi dan komited.

Setiap individu inginkan sesuatu yang mudah dalam kehidupan. Seboleh-bolehnya manusia ingin mengelakkan daripada memikirkan sesuatu yang kompleks, membuat kerja yang memerlukan tenaga yang banyak atau memberi tumpuan dengan sepenuh jiwa.

Dalam hal ini kesannya amatlah buruk. Melayani segala keselesaan yang ada pada kita akan menjadikan seseorang itu malas untuk berfikir, malas untuk bekerja malah malas juga untuk berbakti dan bertakwa kepada Allah. Kehidupan mereka tidak berkualiti serta segala hasilan tugasan mereka tidak produktif.

Oleh itu para cendekiawan bersetuju dan mencadangkan bahawa kita pada satu-satu ketika perlu “lari daripada zon keselesaan” demi untuk mewujudkan kesejahteraan diri.
Ini bermaksud untuk lari daripada zon keselesaan seseorang individu harus mengorbankan sedikit kemudahan dan keselesaan yang ada pada dirinya dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada individu yang lain serta sebagai satu ibadah ke arah penyuburan dan penyerahan diri kepada Allah.

Dalam menempuhi tahun baru ini sedikit pengorbanan terhadap keselesaan dan kenikmatan yang ada pada kita bolehlah merupai menambah masa penumpuan kerja, berfikir dengan lebih serius ke arah memantapkan lagi bidang tugas yang diberikan, serta bekerja dengan lebih tekun serta beriltizam serta menambahkan lagi ketakwaan diri kepada Allah.

Semoga sedikit pengorbanan terhadap keselesaan yang ada pada diri kita dapat menambahkan lagi kenikmatan dan keharmonian kehidupan sesama insan dan ganjaran yang mencurah-curah akan diberikan oleh Allah. Insya-Allah.

3 comments:

arZOoo said...

yehaaaaaaaaaaaaaaaaa....me 1st...cewahhhh2 abgbestt da ader blog ek....errrr, selesanyer dapat jenguk blog abgbest..kekekekekek

m i n e r a l . . . said...

welcome to blogger world bro...
moga keselesaan bro menulis sesuatu menjadi perhatian...
biar tergugat keselesaan jgn tergugat minda :)

suteraunggu... said...

eheh abg pun dh ada blog ya....
happy to c u here semoga dapat kita berkongsi ilmu ya di sini nnt hahahahahahha....